Friday, 11 July 2014

TIPS TANGANI STRES DENGAN LATIHAN PERNAFASAN

Assalamualaikum & selamat pagi wanita cantik sekalian....

Hari ini 24 September 2014, bagi golongan yang berkerja dengan kerajaan mesti dah kurang stres sebabnya sudah masuk musim gaji kan? Sudah-sudah la stres tu..tidak baik untuk kita, terutamanya wanita yang inginkan kecantikan kulit. Biasanya, bila kita stres seluruh keadaan sekeliling pun kita tengok sebagai faktor untuk stres. Selalu sangat stres boleh menyebabkan kita lebih cepat kelihatan tua dari usia. Cuba bila kita rajin senyum dan gembira selalu, mesti muka pun nampak berseri - seri dan awet muda kan? hehe❤️



Mari saya kongsikan, Latihan Pernafasan untuk menangani stres kita hari ini...

(Kredit to KKM)

Latihan Pernafasan adalah Satu latihan bernafas secara mendalam yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh.

Anda boleh melegakan stres dengan melakukan langkah-langkah berikut:-

1)Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

2)Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

3)Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10.

4)Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.

5)Ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang dan relaks.

6)Akhirnya buka mata anda perlahan-lahan

Selamat mencuba ❤️

No comments:

Post a Comment

Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :