Aktiviti pagi ahad kami sekeluarga hari ini adalah misi mengeluarkan peluh, bawa anak-anak bermain seterusnya jalan-jalan cari makan. Bangun pagi selepas sembahyang subuh, kami pun bersiap-siap untuk ke Perdana Park, Tanjung Aru. Di sini adalah kawasan yang mempunyai track untuk jogging dan pelbagai jenis playground untuk kanak-kanak bermain. Anak-anak saya dan suami memang suka tempat macam ni. Al-maklumlah tinggal di kawasan apartment di mana sangat la tempat untuk bermain.hehe :)
Selepas sesi keluar peluh selesai, saya ajak suami dan anak-anak ke Tamu Gaya Street untuk sarapan pagi sambil-sambil melihat apa yang menarik di Jalan Gaya Street hari ini.
Di bawah ini saya kongsikan sedikit Info tentang "Tamu Gaya Street" untuk yang belum pernah datang dan akan datang ke sana.
Lokasi "Tamu Gaya Street" adalah berada di tengah - tengah bandar Kota Kinabalu. Pada hari isnin hingga sabtu jalan Gaya di buka seperti biasa untuk laluan umum. Hanya pada pagi Ahad hingga ke tengah hari ianya di tutup untuk aktiviti perniagaan di lorong jalan. Uniknya di sini sehingga menjadi tempat tumpuan para pelancong dari luar adalah pelbagai barangan yang di jual. Antaranya terdapat kraftangan, cenderahati, barangan antik, makanan tradisional, haiwan-haiwan peliharaan(seperti Kucing, burung, arnab,ikan) dan juga pelbagai jenis bibit tumbuhan di jual di sana (seperti bibit pokok durian, pokok mangga, bunga-bungaan dan sebagainya).
Sempat saya mengambil beberapa gambar semasa di Gaya Street tadi. Jom kita layan...
Antara barangan yang akan menarik minat para pelancong seperti :
Ini pula untuk tatapan peminat pokok-pokok tumbuhan hijau seperti saya. Cumanya saya tidak beli apa-apa pokok pun hari ni,lain hari saya beli. Insha Allah.
Adyana ni kalau kita bagitahu, Jom kita jalan - jalan pergi tengok kucing, burung atau ikan di kk.cepat jak dia jawab Mahu Mahu!
Dan semestinya barangan yang menarik minat kanak-kanak seperti si adyana ialah pelbagai jenis mainan yang di jual di sini, jadi sesiapa yang membawa anak tu Sediakan lah duit lebih ya..nanti mengamuk di tengah jalan tu, naya semua orang tengok.hehe:)
Tengok gembiranya dia dapat benda meow-meow tu..erm, mana2 la nak..di rumah pun sudah ada seekor, kita tambah lagi seekor,hehe :)
Sebelum saya lupa, Istimewanya di "Gaya Street" ini juga terdapat perkhidmatan reflexology yang dilakukan oleh orang kurang upaya seperti dalam gambar di bawah. Bukan alang-alang punya service orang sabah bilang..tangan mereka memang kuat dan mereka memang berbakat dalam bidang urutan kaki.
Akhir sekali, bila dah penat pusing jalan Gaya Street si ibu hamil harus basahkan tekak yang dah kering.hehe :) sekian, perkongsian saya hari ini. Selamat datang ke Gaya Street, Kota Kinabalu,Sabah.
No comments:
Post a Comment
Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :