Saya kongsikan tips dan pengalaman saya berpantang selepas bersalin untuk kali ke tiga. Berat badan dari 65kg turun hingga 52kg dan perut saya kempis (tidak terlalu menggeleber atau buncit) sebelum habis tempoh berpantang 44hari. Semoga memberi manfaat dan dapat dijadikan sebagai panduan untuk anda yang akan bersalin ataupun sudah bersalin. (Melahirkan Anak)
Pengalaman saya berpantang kali ini lebih mencabar sebab mentua & mama saya sibuk atas urusan kerja dan keluarga yang lebih memerlukan perhatian mereka. Untung ada suami yang bercuti lebih dua minggu untuk membantu.
1) Jaga makan, awal tempoh berpantang saya lebih suka makan bubur nasi panas, bilis goreng dan sup sayur suhun. Adakalanya mentua masakkan sup ayam, ipar masakkan sup ikan & mama saya sediakan sup tulang (makan ketika panas sahaja)
Sempat gambar Sup Ayam (Masak sendiri) hihi:) Amalan minum sup panas membantu dalam menghasilkan air susu yang banyak.
2) Jaga minum, saya hanya minum minuman panas seperti milo, horlicks & nestum berserta biskut kering. (Ais @ minuman sejuk saya pantang sangat -sangat sehingga lebih 60hari berpantang.
3) Makan Suplemen : Set Berpantang saya sudah tentu "Vitamin shaklee". Set Kurus saya " ESP, Omega Guard, Alfalfa Complex)
Dalam gambar ini, antara yang saya amalkan ketika berpantang.
Ini set kurus yang saya amalkan :)
4) Krim @Minyak panaskan Perut & Badan. ( saya guna minyak Herbanika Nona Roguy, Losyen Mustajab, Krim Pati Halia Yusmira (colour hijau & oren )
6) Tips turun temurun dari mama kesayangan ( kapur Sirih, limau nipis) & (spirit) pakai kan di perut.
Sapu Kapur & limau nipis ada rasa panas2 manakala, sapu spirit menggunakan kapas rasa sejuk2 di perut. (Petua ini selain untuk kempis perut juga adalah untuk menghilangkan bekas regangan (stretch mark). Cuba lar...hehe :)
8) Makan Jamu ( Jrd) & Jamu kunyit buatan mentua & buatan sendiri.
Nanti saya share di entri lain cara buat jamu kunyit ya. Tapi menurut mama, jangan terlampau over amalkan jamu macam ni, sebab nanti peranakan ter"over" kecut susah nak pregnant lagi kalau lar nak pregnant. hehe:) ni untuk yang anak baru seorang la. Saya anak dah 3.kiki :)
9) Fully BreastFeeding.(Lagi cepat perut kempis sebab peranakan cepat kecut bila anak menyusu)
Kalau x tahu di mana mahu cari daun2 ni, pergi ja pasar. Yang ni pun saya beli rm2 seiikat. Wangi & sedap rasa badan.
11) Berurut seluruh badan.
Tudung corak bunga tu lah mama kesayangan saya. Dan yang tengah minum tu adalah tukang urut. (Best oor, sedap rasa badan)
12) Rehat dan tidur yang cukup.
13) Mind Set " yang saya akan kembali sihat & langsing"
Okey, sampai di sini dulu tips langsing saya. Ketika & selepas berpantang, ibu masih tidak boleh aktif melompat (cth berzumba) berlari (jogging) lagi..tunggu masa untuk peranakan kita betul2 kuat dan sembuh boleh lah Sambung aktiviti sukan macam tu ya...tapi anda boleh buat set up perut juga kalau rajin. Saya suka jogging tapi sampai sekarang baby dah 3bulan saya belum jogging lagi.rindu rasa round perdana park tu.hehe :)
Semoga bermanfaat ya tips ini...Dan jika anda ingin membeli Vitamin Shaklee (Set Berpantang Shaklee) boleh lah contact saya untuk harga menarik dan konsultasi terbaik dari saya.
Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.
✐ Blog : www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : SAR Fashion, Lot G73, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.