Friday 13 June 2014

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN IBU HAMIL

Semua ibu hamil tentunya inginkan terbaik untuk bayi dalam kandungan. Tetapi tidak semua makanan yang boleh di makan sesuka hati jika si ibu inginkan nutrisi yang terbaik untuk kandungan. Tentunya terdapat juga makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil. Antara nya  adalah :

✔️Susu dan produk yang tidak dipasteur termasuklah keju biru kerana dibimbangi boleh menyebabkan keracunan makanan dan keguguran.

✔️Makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya seperti telur, daging dan ikan  kerana dikhuatiri boleh menjadi punca keracunan makanan.

✔️Ikan bersaiz besar seperti Yu kerana boleh menjejaskan tumbesaran otak dan sistem saraf bayi akibat kandungan merkuri yang tinggi.

✔️Minuman beralkohol kerana boleh mengganggu perkembangan janin dengan menyekat oksigen dan nutrien.

✔️Minuman berkaffein yang diambil melebihi 200mg sehari boleh dikaitkan dengan keguguran. Malah anda yang mengalami anemia perlu lebih berwaspada kerana kaffien boleh menghalang penyerapan Zat Besi.

✔️Hati yang diambil secara berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan bayi akibat kandungan Vitamin A yang tinggi.



Sumber : Majalah Pa&Ma