Friday 13 February 2015

PENGEDAR SHAKLEE PUTATAN,SABAH

Hari ini ingin saya kongsikan tentang penghantaran Vitamin di kawasan Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Gembira saya dengan pilihan bijak pengguna yang membeli vitamin pada hari ini adalah pasangan suami isteri. Vitamin yang mereka beli pada hari ini adalah #SetKurusShaklee ataupun #SetDietShaklee untuk si isteri. Manakala, si suami pula membeli vitamin #SetKesihatanOptimum ataupun #SetVitaminUntukTenaga kerana dia ada ajukan soalan pada saya tempoh hari mahu cari vitamin untuk tenaga seharian berkerja.

Set Kurus Shaklee yang menjadi pilihan ( Cinch Shake mix perisa coklat, Lecithin,Alfalfa Complex,HerbLax)

Set Kesihatan Shaklee yang menjadi pilihan suami (ESP-Energizing Soy Protein, Vitalea Iron Formula-Multivitamin/Multimineral, Bcomplex, Sustained Release Vita c plus(tiada dlm gambar))



Semoga vitamin ini membantu mereka semakin sihat bahagia di samping keluarga dan orang tersayang.

Akhir kata, saya sebagai Pengedar Shaklee Putatan ataupun agen Shaklee di kawasan Putatan,Kota Kinabalu Sabah mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan sesiapa yang ingin konsultasi terbaik dari saya mengenai produk Shaklee boleh la menghubungi saya atau berjumpa dengan saya di kedai / butik saya di One Place Mall Putatan,KotaKinabalu,Sabah.

✐ Blog : www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : SAR Fashion, Lot G73, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.

Sunday 8 February 2015

SEMINAR MUDAHNYA MENYUSU DI KK,SABAH YANG "BEST"

Selamat berhujung minggu semua...

Hari ini kami sekeluarga memilih untuk tidak keluar kemana-mana, hanya berehat di rumah disebabkan esok hari isnin anak - anak ke sekolah suami pula berkerja. Jadi hari ini hari rehat sedunia bagi kami sambil - sambil update entri pasal "Seminar Mudahnya Menyusu" yang saya sertai pada 25 January 2015 yang lepas.




Ini adalah seminar yang pertama sekali saya sertai tentang penyusuan. Gembiranya saya kerana ilmu - ilmu yang diberikan pada hari tu memang amat saya perlukan. Almaklum, saya sekarang menyusukan sepenuhnya anak ketiga saya "FarishZaydan". Hajat sebelum mengandung lagi saya ingin menyusukan penuh anak saya ini hingga berumur 2tahun insha Allah dipermudahkan.hehe:)



Di antara aktiviti-aktiviti yang cikgu Ain (Cikgususu.com) ajar pada hari itu adalah :


✔️ Belajar cara lekapan & posisi penyusuan yg betul dengan baby sendiri.

✔️ Teknik 'marmet' secara hands-on.

✔️ Teknik menggunakan breast pump dengan betul.



✔️ Cara membuat jadual dan sasaran mengepam sendiri.



✔️ Cara membuat stok susu dengan teknik Tandem pumping = Menyusu + Mengepam.



✔️ Dan Hands-On pengurusan EBM dengan tepat.









Suasana pada hari seminar tersebut juga best sangat sebab ramai ibu - ibu dengan baby comel masing-masing. Geram tengok :) Tapi lagi best sebab ramai yang tegur baby "FarishZaydan" nampak gebu dan montel. Happy juga mama dengar komen ibu ibu lain tentang anak mama ni.hehe:) selain itu, dapat juga kami berkenalan dan berkongsi tips menyusukan anak masing - masing.



Pada hari itu juga, ada yang tanya apa Tips saya badan baby macam ni, nampak keras dan berisi. Alhamdulillah, tiada banyak Tips pun untuk dapat anak sihat macam FarishZaydan ni..saya cuma  berikan dia sepenuhnya susu ibu mengikut niat saya sebelum ini. Tetapi, eikh ada tapi lagi tu? Hehe:)

Ibu menyusukan bayi itu yang kena banyak Tips sebenarnya. Disebabkan bayi menyusu dari badan ibu, jadi ibu la yang kena jaga pemakanan. Untuk sentiasa sihat dan cergas. Untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti bagi pada anak tersayang.

Sewaktu lepas bersalin, saya amalkan set berpantang shaklee, selepas habis berpantang pula saya amalkan set penyusuan shaklee. Vitamin yang paling saya suka dan paling penting untuk saya adalah Vitalae Iron formula (multivitamin/multimineral) dan Ostematrix (kalsium) untuk tenaga dan bekalan nutrisi yang mencukupi. Manakala, Ostematrix saya perlukan untuk kalsium badan seterusnya salurkan kalsium untuk baby. Itu yang baby saya nampak tulangnya lebih tegap dan kuat.hehe:) 



Banyak sebenarnya yang saya boleh explain tentang vitamin ni. Tapi kalau entri saya ni terlampau panjang nanti bosan pula di baca. Saya sambung di entri yang lain ataupun anda boleh baca di sini.

Selamat berhujung minggu.

Dengan ini, saya harap dapat memberi info dan manfaat pada anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan inginkan konsultasi terbaik dari saya. Jangan segan silu untuk menghubungi saya .

Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.


✐ Blog : www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : sar fashion, Lot G73, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.


Saturday 7 February 2015

FROM ZERO TO HERO

Sebagai anak Sabahan saya turut bangga atas kemenangan kumpulan #Zero. Persembahan mereka malam akhir Maharaja Lawak Mega malam ini memang terbaik. Ucapan terima kasih sebab kami sekeluarga terhibur. Dapat juga gembirakan hati yang susah hati.hehe :)





From Zero to Hero sangat sesuai untuk mereka. Dari nelayan dan buruh kasar akhirnya kemenangan berpihak pada mereka. Alhamdulillah,murah rezeki kumpulan zero malam ini. 500ribu ringgit tu.hehe :)


Apapun, kita layan Lirik lagu Ayah yang mereka bawa tadi. Lagu ini memang menyentuh hati sesiapa yang dengar. Saya pun suka lagu ni sebab dulu-dulu bapa saya suka karaoke bawa lagu ini.hehe:)

Ayah  - Broery Marantika 

Dimana….akan ku cari
Aku menangis seorang diri

Hatiku slalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi
Untuk ayah tercinta, aku ingin bernyanyi
Dengan air mata di pipiku….


Ayah dengarkanlah, aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi…..
Lihatlah… hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah aku ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi

#Zero #Juara #MaharajaLawakMega2014 #FromZeroToHero


Friday 6 February 2015

CARA MAKAN SET IBU HAMIL SHAKLEE

Assalamualaikum & selamat petang..,

Hari ini saya kongsikan "Cara Makan Set Ibu Hamil Shaklee" selepas baby saya berumur 3 bulan. Memang ramai yang bertanya pada saya soalan ini jadi tidak salah saya kongsikan nya di sini.


Vitamin yang boleh di ambil dalam Set Ibu Hamil Shaklee adalah ESP (Energizing Soy Protein), Vitalea Iron Formula, Bcomplex, Sustained Release
Vita C plus, Ostematrix, Omega Guard. Bagaimanapun, omega guard hanya disarankan ambil ketika kandungan mencecah trimester kedua.

Cara Makan Set Ibu Hamil mengikut pengalaman saya mengandung anak ketiga yang berbekalkan vitamin shaklee sepenuhnya adalah seperti berikut.


Cara Makan Set Ibu Hamil

ESP maximum 3sudu makan sehari
Buat dlm shaker 300ml + 3sudu ESP
Campur dgn air suam@air sejuk, tidak boleh dgn air panas. Selain itu, anda boleh campur dgn minuman kegemaran contoh milo atau jus buah. Anda juga boleh minum 100ml pagi 100ml tghari 100ml mlm sebelum tidur. Lagi baik minum pagi - pagi semasa perut kosong iaitu sebelum sarapan pagi.

Manakala, 1bj @2bj Vitalea ,1bj @2bj bcomplex, 1bj @2bj vit c ambil Selepas sarapan pagi dan makan ostematrix 4bj malam sebelum tidur. Omega guard pula 1bj selepas makan pada bila bila masa sahaja.

Semoga bermanfaat ya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau ingin membuat pembelian vitamin shaklee boleh hubungi saya juga untuk dapatkan harga terbaik dan konsultasi terbaik.

Dengan ini, saya harap dapat memberi info dan manfaat pada anda yang sedang hamil.

Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.


✐ Blog : www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.





Thursday 5 February 2015

Keguguran Rambut yang merisaukan

Rambut adalah Mahkota seseorang mahupun bagi lelaki ataupun perempuan.  Tidak hairan lah bila terjadinya keguguran rambut, rambut menipis dan membotak akan membuatkan seseorang itu rasa risau, malu, rendah diri dan tiada keyakinan diri.

Mengikut kajian, masalah rambut seperti di atas berlaku apabila badan kekurangan nutrisi dan mengalami stres, seperti selepas demam panas, ketika anda mendapat penyakit dan untuk wanita yang lepas bersalin. 



Antara alternatif yang anda perlu lakukan adalah anda tidak perlu panik. Rambut akan tumbuh semula jika anda melepasi stres anda dengan bijak seperti dengan mengambil cuti dan berehat. Stres adalah berbahaya bagi mereka yang tidak pandai melepasinya. Bukan sahaja rambut yang bermasalah tetapi juga berkemungkinan akan timbul lagi penyakit-penyakit lain. Jadi hindari stres untuk yang lebih sihat dan bahagia. :)

Dan jika anda baru lepas bersalin, ambil cukup vitamin dan mineral supaya badan boleh sihat dengan cepat dan rambut boleh tumbuh lebat semula seperti sediakala. Oleh itu jika anda mengalami rambut gugur selepas bersalin atau stres, jangan risau, ia akan pulih dengan sendiri.

testimoni set rambut gugur shaklee

Di sini, kami juga ada testimoni sendiri apabila suami saya mengalami masalah keguguran rambut hingga menyebabkan botak setompok. Dan saya yakin suami saya adalah seorang yang sangat stres ketika itu. Alhamdulillah, berkat doa meminta pertolongan pada Allah SWT, mengambil Vitamin Shaklee secara konsisten dalam masa 3bulan, memakai shampoo revitalizing shaklee dan mengambil krim lebat d'herbs (sapu di bahagian botak) masalah botak setompok itu tiada lagi.

vitamin shaklee untuk rambut gugur sihat

shampoo vitamin shaklee untuk rambut

Secara ringkasnya, vitamin - vitamin di atas mempunyai fungsi :

  • Esp ( Energizing Soy Protein )


- Membantu pertumbuhan sel - sel baru dan membaiki sel kulit seperti untuk dapatkan rambut yang sihat.

  • Sustained Release Vita C plus 


- Sebagai anti oksidan dan antibiotik semulajadi untuk elakkan radikal bebas yang akan merosakkan sel - sel badan.

  • Vitalea Iron Formula


- Adalah Multivitamin dan Multimineral yang akan mencukupkan keperluan nutrisi yang kurang dalam badan.

  • Bcomplex 


- Untuk anti stress dan memperbaiki aliran darah pada kulit kepala. Elak rambut gugur dan hasilkan melanin untuk  elak beruban.

  • Zink complex 


- Untuk pertumbuhan rambut & elakkan keguguran rambut

  • Shampoo Revitalizing


- Membantu melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.


Dengan ini, saya harap dapat memberi info dan manfaat pada anda yang mengalami masalah rambut. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan inginkan konsultasi terbaik dari saya. Jangan segan silu untuk menghubungi saya .

Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.


✐ Blog : www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : SAR Fashion, Lot G73, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.




TIPS SIHAT LANGSING LEPAS BERSALIN

Saya kongsikan tips dan pengalaman saya berpantang selepas bersalin untuk kali ke tiga. Berat badan dari 65kg turun hingga 52kg dan perut saya kempis (tidak terlalu menggeleber atau buncit) sebelum habis tempoh berpantang 44hari. Semoga memberi manfaat dan dapat dijadikan sebagai panduan untuk anda yang akan bersalin ataupun sudah bersalin. (Melahirkan Anak)

Pengalaman saya berpantang kali ini lebih mencabar sebab mentua & mama saya sibuk atas urusan kerja dan keluarga yang lebih memerlukan perhatian mereka. Untung ada suami yang bercuti lebih dua minggu untuk membantu.

Tips langsing saya :

1) Jaga makan, awal tempoh berpantang saya lebih suka makan bubur nasi panas, bilis goreng dan sup sayur suhun. Adakalanya mentua masakkan sup ayam, ipar masakkan sup ikan & mama saya sediakan sup tulang (makan ketika panas sahaja)

Sempat gambar Sup Ayam (Masak sendiri) hihi:) Amalan minum sup panas membantu dalam menghasilkan air susu yang banyak.

2) Jaga minum, saya hanya minum minuman panas seperti milo, horlicks & nestum berserta biskut kering. (Ais @ minuman sejuk saya pantang sangat -sangat sehingga lebih 60hari berpantang.

3) Makan Suplemen : Set Berpantang saya sudah tentu "Vitamin shaklee". Set Kurus saya " ESP, Omega Guard, Alfalfa Complex)

Dalam gambar ini, antara yang saya amalkan ketika berpantang. 

Ini set kurus yang saya amalkan :)

4) Krim @Minyak panaskan Perut & Badan. ( saya guna minyak Herbanika Nona Roguy, Losyen Mustajab, Krim Pati Halia Yusmira (colour hijau & oren )

5) Bertungku.

6) Tips turun temurun dari mama kesayangan ( kapur Sirih, limau nipis) & (spirit) pakai kan di perut.

Sapu Kapur & limau nipis ada rasa panas2 manakala, sapu spirit menggunakan kapas rasa sejuk2 di perut. (Petua ini selain untuk kempis perut juga adalah untuk menghilangkan bekas regangan (stretch mark). Cuba lar...hehe :)


7) Pakai Bengkung.


8) Makan Jamu ( Jrd) & Jamu kunyit buatan mentua & buatan sendiri.

Nanti saya share di entri lain cara buat jamu kunyit ya. Tapi menurut mama, jangan terlampau over amalkan jamu macam ni, sebab nanti peranakan ter"over" kecut susah nak pregnant lagi kalau lar nak pregnant. hehe:) ni untuk yang anak baru seorang la. Saya anak dah 3.kiki :)

9) Fully BreastFeeding.(Lagi cepat perut kempis sebab peranakan cepat kecut bila anak menyusu)

10) Mandi Daun Sambung.

Kalau x tahu di mana mahu cari daun2 ni,  pergi ja pasar. Yang ni pun saya beli rm2 seiikat. Wangi & sedap rasa badan.


11) Berurut seluruh badan.

Tudung corak bunga tu lah mama kesayangan saya. Dan yang tengah minum tu adalah tukang urut. (Best oor, sedap rasa badan)

12) Rehat dan tidur yang cukup.

13) Mind Set " yang saya akan kembali sihat & langsing"


Okey, sampai di sini dulu tips langsing saya. Ketika & selepas berpantang, ibu masih tidak boleh aktif melompat (cth berzumba) berlari (jogging) lagi..tunggu masa untuk peranakan kita betul2 kuat dan sembuh boleh lah Sambung aktiviti sukan macam tu ya...tapi anda boleh buat set up perut juga kalau rajin. Saya suka jogging tapi sampai sekarang baby dah 3bulan saya belum jogging lagi.rindu rasa round perdana park tu.hehe :)

Semoga bermanfaat ya tips ini...Dan jika anda ingin membeli Vitamin Shaklee (Set Berpantang Shaklee) boleh lah contact saya untuk harga menarik dan konsultasi terbaik dari saya.

Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.


✐ Blog : www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : SAR Fashion, Lot G73, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.



Wednesday 4 February 2015

Waktu Solat Zon 7 (Kota kinabalu) Februari 2015

Info untuk anda terutamanya untuk saya juga. Setiap kali solat mesti cari handphone dan google " Waktu Solat Kota Kinabalu". Almaklum, duduk kawasan yang jauh dari Masjid ni jarang dengar bunyi Azan...hehe:) 

Setiap bulan saya akan print screen jadual solat macam ni..hari ini saya share di sini andaikata anda juga seperti saya boleh terus "Save" dan siapa rajin boleh print out lekat di dinding .

Credit to : www.jupem.gov.my

Semoga bermanfaat ya...❤️❤️❤️
#SolatTiangAgama

Promosi Februari 2015 ( Vitamin Shaklee)

Setiap Bulan Shaklee akan membuat promosi untuk setiap produk vitamin. Pada Bulan ini adalah promosi Ostematrix , Vitalea Iron Formula, Advance Joint health dan Vitalea For Children.




Biasanya, promosi macam ini lah yang akan di tunggu - tunggu oleh pengguna tetap vitamin - vitamin Shaklee. Dengan adanya promosi, pengguna akan dapat harga yang berbaloi dan jimat.

Kami dapat senaraikan lebih daripada 20 set yang memerlukan Vitamin - vitamin ini antaranya : 

1- set sendi
2- set kanak2
3- set migrain 
4- set buasir
5- set kesihatan tulang & pembesaran
6- set gout
7- set pantang
8- set sayang gigi
9- set warga emas
10-set kurus
11-set selera makan
12-set tinggi
13-set kurang Calcium
14-Set awet muda
15-set kecergasan
16-set insomnia
17-set Rajin kerja
18-Set menyusu
19-Set si Ibu sihat baby pun sihat
20-Set sclorisis
21-set kesuburan
22-set sembelit 
23-set anemia
24-set senggugut
25-set diabetes

Untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan harga promosi dan sekiranya anda mahu mencuba Produk Keluaran Shaklee? Boleh hubungi saya sekarang dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Cara menggunakn Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 

# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.




✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com

✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.

Testimoni Set Kesuburan Shaklee



Assalamualaikum & selamat petang,

Testimoni ni baru lagi, HOT lagi gitu..hehe :) Dapat sms dari kakak senior saya time study sesama di Kuala Lumpur dulu buat hati saya gembira kerana berjaya dapat tolong dia dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah dia berjaya hamil setelah mencuba Full Set Kesuburan Shaklee iaitu (ESP, Gla Complex, Vitalea Iron Formula, Alfalfa Complex, Bcomplex, Zink Complex, Vitamin E Complex). Set ini merangkumi untuk kegunaan suami dan isteri. Dan untuk mengetahui apa fungsi - fungsi Vitamin untuk kesuburan di atas boleh klik sini :


Andai anda juga mempunyai masalah seperti dia? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut, Insha Allah saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

Anda mahu mencuba Produk Keluaran Shaklee? Boleh hubungi saya sekarang dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Cara menggunakn Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 

# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.




✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com

✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.

Farish Zaydan "Membesar Sihat"

Semoga anak mama sentiasa membesar dengan sihat walafiat dan dilindungi Allah SWT.Amin.

Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

By Fynn Jamal