Sunday 1 February 2015

Farish Zaydan "Sayang"

Assalamualaikum & selamat malam...

01 Februari 2015 jam 10.20mlm 
Terdetik untuk update blog setelah selepas 2 Bulan menyepikan diri atas alasan sibuk mengurus anak tersayang "Farish Zaydan" yang lahir pada 28Oktober2014 lalu.


Takut tengok muka baby baru lahir...orang tua cakap jangan makan lada @ cili @ makanan pedas ketika hamil. Macam tu la jadi nya...hehe😝 Tapi syukur la merah2 di muka tu hilang juga bila umur Farish dua hari...Sorry baby...sedap bah makan dengan lada.haha:)


Alhamdulillah hari ini baby saya dah berumur 3bulan 3hari. " FarishZaydan" saya sihat walafiat dengan kehendak tuhan yang maha esa...saya saja gelarkan anak saya sebagai baby Shaklee kerana dari mula hamil kan & menyusu kan farish sampai sekarang saya hanya amalkan makan suplemen dari Shaklee sahaja sebagai vitamin nutrisi tambahan. (Ubat yang klinik bagi pun saya tidak makan,lagipun doctor sutha dari Rafflesia Medical Centre,KK pun cadangkan untuk saya teruskan makan vitamin Shaklee saya. Kalau dah doctor pun cakap macam tu, bertambah2 la keyakinan saya dengan produk ini..hehe:))

Ini gambar terbaru saya...hobi saya suka ketawa & cerita2 dengan Mama saya...(bagi pihak Farish Zaydan)


Mahu di jadikan cerita, mama tidak sabar untuk tunggu "FarishZaydan" keluar kerana due date mama sepatutnya 25hb oktober 2014. Nampaknya dia lebih hari juga seperti abang & kakaknya. Bayangkan Abang "AdiFarid" lebih 9hari, kakak "AdyanaZahraa" pula lebih 7hari dari due yang doktor bagi. Dan akhirnya,hari yang di tunggu datang, malam 27hb mama mula sakit perut & rasa baby mengeras. Rasa x selesa tu datang tapi sakit kontraksi belum datang.

Dalam minda saya, tetap mahu tunggu sakit kontraksi untuk check in ke RMC. So pagi 28hb saya masih boleh sarapan dengan senyuman di rumah.haha😝 , jam 7pagi keluar tanda "coklat2 gitu" dalam jam 10 pagi bertolak keluar dari rumah untuk tujuan ambil parcel dekat courier di kepayan dan lepas tu baru check in.

Sampai Rafflesia Medical Centre doctor check dah 3cm ke 4cm...nasib tidak terberanak dalam kereta kan..kiki😁 saja tahan sakit kunun..bising Dr sutha sebab katanya baby dah berak dalam perut...lepas check itu ini doctor suggest untuk saya di induce..alamak, ter"Nangis" juga saya kali ni...sakit beranak siapa cakap x sakit..tapi dah lumrah kena tempuh juga..terima jak la..hehe:) suami ada di sisi, tapi saya nangis ingat Mama di beaufort.(Tetiba rindu)😭😭😭

Pendekkan cerita, saya selamat bersalin jam12.30(actually ini yang saya mahu)hihi😁 sakit kontraksi tu sekejap saja & last minute check in hospital ...Baby Farish dah keluar lega rasa.Alhamdulillah bertarung nyawa dan masih hidup di bumi tuhan. Berat Farish ketika lahir 3.35kg & panjangnya 4.9cm.(soalan faveret)

Sekarang Farish dah 3bulan dah pun 6.5kg hanya dengan minum Susu Ibu. Niat saya sebelum mengandung lagi saya akan menyusukan anak hingga 2tahun insha Allah dipermudahkan.Amin. 

Dalam menyusukan anak dan mengurus anak2 dan keluarga, saya sentiasa amalkan makan vitamin shaklee...kalau x makan, habis lemas satu badan. Dan saya fikir dengan bantuan Vitamin ini juga jadikan anak saya montel macam sekarang. Hehe:) ok lar, entri selepas ini saya cerita pasal saya berpantang pula ya. 

Mahu tahu rahsia saya kembali langsing dari 65kg ke 54kg..ha, kita jumpa di entri selepas ini..hehe:)

Saya belanja lagi satu gambar :

Okey bye,Anak saya dah 3. Alhamdulillah.







No comments:

Post a Comment

Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :