Wednesday 4 February 2015

Farish Zaydan "Membesar Sihat"

Semoga anak mama sentiasa membesar dengan sihat walafiat dan dilindungi Allah SWT.Amin.

Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

By Fynn Jamal





















No comments:

Post a Comment

Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :