Sunday 26 October 2014

KALSIUM (OSTEMATRIX) SHAKLEE

Ostematrix Shaklee adalah formula unik yang dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Ostematrix Shaklee juga mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper dan Boron yang mana nutrien - nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang lebih efektif pada tubuh.

OsteMatrix Membekalkan:

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


Manfaat Utama Ostematrix adalah : 

✔️Kekuatan Tulang

Kalsium menghalang daripada osteoporosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf, juga merawat tulang retak, osteomalacia (ricket dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan otot, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

✔️Kekejangan dan Kebas-Kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

✔️Hindari Stres

Ianya bertindak untuk mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, memberikan tidur yang lebih lena dan selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala, migrain dan pitam.

✔️Masalah Haid

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium
dan magnesium serentak akan meringankan sakit sewaktu haid ( senggugut) dan membantu melawaskan pembuangan air kecil.

✔️Pengalkalian Tubuh

Kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan untuk memastikan imbangan pH tubuh seterusnya menghalang obesiti. Kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. (Sesuai bagi sesiapa yang mengalami sembelit)

✔️Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik.

✔️Vitamin D

Ia meningkatkan penyerapan kalsium untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Sesuai untuk vegetarian yang kurang terdedah dengan matahari, individu melebihi 55tahun, wanita hamil dan kanak-kanak yang perlu mengambil suplemen Vitamin D.

✔️Magnesium

Adalah ion positif yang kedua penting untuk tubuh badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Dan juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah flaktuasi glukos.

✔️Zink, Boron, Copper. 

Berfungsi memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot seterusnya menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang artritis.



Anda mahu mencuba Ostematrix (Kalsium) Shaklee? Boleh hubungi saya sekarang dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 

# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.




✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com

✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.



PENGHANTARAN VITAMIN SHAKLEE SELURUH SABAH - (PENGEDAR SHAKLEE KOTA KINABALU)

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu semua :)

Bermula Januari 2013 saya memulakan kerjaya dengan Shaklee sehingga sekarang belum pernah saya kongsikan dalam blog ni bagaimana saya berurusan dengan pelanggan dan urusan pengiriman Vitamin Shaklee. Hari ini untuk lebih meyakinkan anda berurusan dengan saya. Saya kongsikan sedikit info dan gambar untuk pengetahuan anda.



Pengiriman Vitamin Shaklee saya telah buat merangkumi seluruh Malaysia ( Semenanjung & Sabah & Sarawak ). Untuk yang ke Semenanjung dan Sarawak saya akan gunakan perkhidmatan Pos Laju. Manakala untuk kawasan Sabah saya akan gunakan khidmat Teksi  untuk area Kudat, Kota Marudu, Keningau, Kota Belud, Ranau dari (Terminal Teksi Bandaran Kota Kinabalu) dan menggunakan Bas Express untuk area Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau dari (Terminal Bas Inanam).



Dan untuk pelanggan yang berdekatan dengan tempat tinggal dan kampung saya seperti di area Putatan, Petagas, Kota Kinabalu, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Membakut dan Beaufort saya lebih senang COD ( Cash On Delivery). Bila saya buat COD, pelanggan lebih mesra dan boleh bertanya dengan saya secara bersemuka, contohnya bertanya cara makan vitamin dan sebagainya.



# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.










✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com

✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030

➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.

➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.

Tuesday 14 October 2014

B KOMPLEKS UNTUK IBU BERPANTANG

Vitamin B Kompleks ini adalah sangat sesuai untuk di ambil oleh ibu berpantang. Ini kerana ia membantu para  ibu untuk menangani masalah keletihan dan tekanan. Al maklum, ibu yang baru lepas bersalin sudah tentu memerlukan rehat yang lebih selepas proses kelahiran. Dan apabila ibu berpantang kurang rehat ianya akan menyebabkan tekanan yang melampau. Disebabkan itu selalu kita dengar ibu lepas bersalin asyik murung, sering menangis, gila meroyan. Kalau orang Sabah bilang "Naik Uri".

Peranan yang dimainkan oleh Vitamin B Kompleks secara amnya adalah membantu metabolisme lemak dan protein selain membekalkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat kepada glukosa yang kemudiannya ditukar kepada tenaga.



Vitamin B Kompleks juga berfungsi untuk menormalkan sel saraf dalam badan kita. Vitamin ini adalah vitamin larut air yang mana kita disarankan untuk mengambilnya setiap hari untuk mempercukupi bekalan tenaga untuk kesihatan optimum. Ini kerana tubuh kita akan memerlukannya dalam jumlah yang lebih tinggi apabila kita stres dan di saat kita perlukan lebih prestasi dan stamina.

Selain B kompleks, ibu berpantang juga harus mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Minum air yang mencukupi juga penting untuk elakkan dehidrasi, kelesuan dan tekanan yang melampau. 

Vitamin B Kompleks adalah salah satu vitamin yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee. Terdapat beberapa jenis suplemen lain yang juga penting untuk ibu lepas bersalin seperti Vitalea Iron Formula yang lebih dikenali sebagai Multivitamin/Multimineral, Energizing Soy Protein, Sustained Release Vitamin C, Ostematrix (Kalsium), ZincComplex Yang terbaik untuk ibu berpantang. Untuk info lanjut anda boleh klik di sini...SET BERSALIN / BERPANTANG SHAKLEE

Anda mahu mencuba Vitamin B Kompleks dan Set Berpantang Shaklee? Boleh hubungi saya sekarang dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 

# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.




✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com

✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.

Monday 13 October 2014

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU(Part II)

Hari kedua 
15 Mei 2013(Rabu)

Jam 1.30 pagi, guide kejutkan semua orang untuk ready pendakian seterusnya. Semalam tidur memang tidak lena dengan cuaca sejuk yang ekstrem. Sekejap-sekejap terbangun disebabkan baju yang saya pakai terasa lembap dan basah. Sabar jak lar..huhu :) Makanan untuk sarapan pagi disediakan di bawah@Laban Rata. Tetapi memandangkan hujan masih turun dengan lebat, kami hanya makan bekal makanan yang kami bawa. Setelah siap makan, sekadar untuk alas perut, kami pun mempersiapkan diri untuk mula mendaki. kami hanya membawa backpack, camera, headlight dan baju hujan sahaja. Barangan lain kami tinggalkan di bilik yang berkunci.  

Pada jam 2.30 pagi, kami bergerak dengan menggunakan lampu suluh@headlight. Terasa adventure nya di situ dengan cuaca yang gelap dan hujan yang mencurah-curah. Sepatutnya semua pendaki harus bergerak jam 2.00 pagi lagi, tetapi disebabkan hujan pendakian kami bermula lambat.

Pendakian hari kedua ini lebih mencabar berbanding hari pertama, bayangkanlah kami berjalan dan mendaki kawasan batu - batan dan tangga yang licin pada waktu gelap dan hujan lebat. Hanya Allah Swt dan semangat yang kuat sahaja yang boleh membantu kami untuk meneruskan pendakian ini. Untuk pengetahuan juga, ada beberapa pendaki yang lebih rela untuk sambung tidur kerana bimbangkan keselamatan diri. Kerana sebelum itu, abang-abang guide sudah memberi amaran, jika sampai di Check Point Sayat-sayat dan hujan masih lebat. Peluang untuk melepasi check point dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu adalah tipis. Renjer Kinabalu Park yang berkawal  di sana akan memastikan sama ada kami akan meneruskan pendakian ataupun turun semula.

Di pertengahan perjalanan, saya dan adik ipar pula mengalami pening-pening dan susah bernafas. Guide kami menasihatkan untuk berehat sebentar dan memberitahu simptom yang kami alami adalah perkara biasa bagi pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu. Mungkin juga kami belum dapat sesuaikan diri dengan tempat yang tinggi. Tetapi, secara logiknya, semakin tinggi sesuatu tempat itu, semakin tekanan rendah dan kandungan oksigen juga semakin kurang.

Ketika ini, ahli group kami yang dua orang lagi sudah jauh di hadapan. Stamina mereka berdua memang superb dari hari pertama lagi. memang kagum dengan stamina mereka.hehe :) Buat pertama kalinya, kami hadapi laluan yang memerlukan kita mendaki menggunakan tali. Pergerakan begitu perlahan kerana kami sangat berhati-hati dengan kawasan yang berbahaya seperti itu. yang penting biar lambat asal selamat. hehe :) 

Sebelum Sampai Sayat-Sayat


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Check Point Sayat-Sayat. Renjer yang berkawal di sini memberi green light untuk teruskan pendakian. Selepas check point ini, semangat pun berkobar-kobar, tidak sabar untuk sampai ke puncak. Cuaca pun semakin cerah, pemandangan yang indah menjamu mata kami melihat dari atas ke bawah. Subhanallah, di sini lah anda akan nampak indahnya ciptaan Allah swt. 

Check Point Sayat-Sayat

Seterusnya kami meneruskan pendakian untuk sampai ke puncak. Cabaran masih lagi mencabar dengan oksigen dalam badan yang kurang dan masih ada sesetengah kawasan yang memerlukan kami memanjat menggunakan tali seperti gambar di bawah. ketika ini, saya masih dalam keadaan yang susah hendak bernafas, hampir putus asa, seakan mahu muntah dan mahu menangis sahaja untuk meneruskan pendakian. Tetapi ada satu perasaan yang masih ada iaitu semangat yang kuat saya mahu juga untuk sampai ke puncak. Saya bayangkan jika saya tidak teruskan pendakian untuk sampai ke puncak saya akan menyesal seumur hidup. Kerana untuk sampai di sayat-sayat pun sudah mencabar dan saya harungi juga kenapa tidak saya teruskan hingga ke puncak. 

Antara laluan selepas check point sayat-sayat : 





Dan lihat gambar terakhir,.hahaha :) Saya sampai akhirnya. Alhamdulillah.



Sunday 12 October 2014

HUJUNG MINGGU DI GAYA STREET KK

Aktiviti pagi ahad kami sekeluarga hari ini adalah misi mengeluarkan peluh, bawa anak-anak bermain seterusnya jalan-jalan cari makan. Bangun pagi selepas sembahyang subuh, kami pun bersiap-siap untuk ke Perdana Park, Tanjung Aru. Di sini adalah kawasan yang mempunyai track untuk jogging dan pelbagai jenis playground untuk kanak-kanak bermain. Anak-anak saya dan suami memang suka tempat macam ni. Al-maklumlah tinggal di kawasan apartment di mana sangat la tempat untuk bermain.hehe :)


Selepas sesi keluar peluh selesai, saya ajak suami dan anak-anak ke Tamu Gaya Street untuk sarapan pagi sambil-sambil melihat apa yang menarik di Jalan Gaya Street hari ini.

Di bawah ini saya kongsikan sedikit Info tentang "Tamu Gaya Street" untuk yang belum pernah datang dan akan datang ke sana.

Lokasi "Tamu Gaya Street" adalah berada di tengah - tengah bandar Kota Kinabalu. Pada hari isnin hingga sabtu jalan Gaya di buka seperti biasa untuk laluan umum. Hanya pada pagi Ahad hingga ke tengah hari ianya di tutup untuk aktiviti perniagaan di lorong jalan. Uniknya di sini sehingga menjadi tempat tumpuan para pelancong dari luar adalah pelbagai barangan yang di jual. Antaranya terdapat kraftangan, cenderahati, barangan antik, makanan tradisional, haiwan-haiwan peliharaan(seperti Kucing, burung, arnab,ikan) dan juga pelbagai jenis bibit tumbuhan di jual di sana (seperti bibit pokok durian, pokok mangga, bunga-bungaan dan sebagainya).

Sempat saya mengambil beberapa gambar semasa di Gaya Street tadi. Jom kita layan...





Antara barangan yang akan menarik minat para pelancong seperti :




Ini pula untuk tatapan peminat pokok-pokok tumbuhan hijau seperti saya. Cumanya saya tidak beli apa-apa pokok pun hari ni,lain hari saya beli. Insha Allah.




Adyana ni kalau kita bagitahu, Jom kita jalan - jalan pergi tengok kucing, burung atau ikan di kk.cepat jak dia jawab Mahu Mahu! 



Dan semestinya barangan yang menarik minat kanak-kanak seperti si adyana ialah pelbagai jenis mainan yang di jual di sini, jadi sesiapa yang membawa anak tu Sediakan lah duit lebih ya..nanti mengamuk di tengah jalan tu, naya semua orang tengok.hehe:)




Tengok gembiranya dia dapat benda meow-meow tu..erm, mana2 la nak..di rumah pun sudah ada seekor, kita tambah lagi seekor,hehe :)


Sebelum saya lupa, Istimewanya di "Gaya Street" ini juga terdapat perkhidmatan reflexology yang dilakukan oleh orang kurang upaya seperti dalam gambar di bawah. Bukan alang-alang punya service orang sabah bilang..tangan mereka memang kuat dan mereka memang berbakat dalam bidang urutan kaki. 

Akhir sekali, bila dah penat pusing jalan Gaya Street si ibu hamil harus basahkan tekak yang dah kering.hehe :) sekian, perkongsian saya hari ini. Selamat datang ke Gaya Street, Kota Kinabalu,Sabah.





















Saturday 11 October 2014

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum ...

Kali ni terasa semangat pula mahu share trip saya mendaki Gunung Kinabalu iaitu "the highest mountain in south east asia"☺,ekspedisi ini berlaku bulan Mei 2013 lagi.tapi baru kali ini ada kesempatan menulis dalam blog untuk kenangan dan sebagai panduan untuk yang ingin mencabar diri mendaki Gunung Kinabalu seperti kami...


Ini merupakan pertama kalinya saya mendaki Gunung Kinabalu, dan merupakan  pendakian kali ke 3 untuk Encik suami. Pengalaman ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan pengalaman yang paling manis dalam hidup saya. Selama ini, saya hanya mendengar keindahan dan keterujaan kawan-kawan yang sudah menawan puncak Gunung. Impian yang telah lama tercipta di sanubari akhirnya terlaksana juga, hehe :) lagipun, sebagai seorang Sabahan, malulah saya kalau puncak Gunung Kinabalu pun tidak pernah jejak..kan kan kan.

Kalau di tanya apakah persediaan fizikal saya sebelum mendaki. Terus terang saya katakan, persediaan fizikal saya hanya mengharapkan turun naik tangga di rumah sahaja + semangat yang kuat dan berkobar-kobar dan konsisten mengambil suplemen shaklee setiap hari untuk kesihatan menghadapi hari yang ditunggu-tunggu ini☺

Ekspedisi kali ni saya bersama Encik Suami dan 2 orang lagi adik suami, hanya saya seorang peserta wanita di dalam group kami, yakin boleh sebab saya ada bersama dengan penyelamat sehidup semati saya untuk mendaki Gunung. hehe :) 

Sebulan sebelum mendaki, saya dengan suami sudah sediakan barangan yang perlu untuk ekspedisi menaiki Gunung Kinabalu. Antaranya adalah :  

Barang wajib ada (mengikut Encik husband)


1)lampu suluh @ headlight

2)baju hujan @ payung

3)jaket@windbreaker

4)glove

5)pakaian(2set)

6)kasut(paling manang:kasut adidas kampung)

7)stokin(2set)

8)beg pack

9)yoko2-untuk persediaan jika kejang otot@cramp

10)lip balm-untuk kekalkan bibir lembap masa di puncak

11)ubat (panadol,plaster,minyak panas)

12)bekalan makanan yang bekalkan tenaga..contohnya coklat,biskut tiger,100plus@revive

13)botol air


Untuk tambahan, saya juga tidak lupakan suplemen Shaklee saya, (3 jenis Vitamin saya bawa ketika itu, adalah (Vitalea Iron Formula, B-Complex, Ostematrix). Tiga vitamin ini akan membantu saya untuk memberi tenaga, melancarkan peredaran darah dan juga mengelakkan daripada terkena kekejangan otot kaki.

14 Mei 2013(Selasa-Hari Pertama)

Selesai solat subuh, lebih kurang jam 5.30 pagi,kami bertolak dari rumah ke Kinabalu Park.Perjalanan mengambil  masa lebih kurang 2 jam, driver a.k.a en suami bagitahu biar lambat asal selamat tapi excited punya pasal, 2 jam tu rasanya macam 10 minit ja.hehe :) setelah sampai, kami terus ke Pejabat Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran. Permit mendaki akan diberi ketika pendaftaran. Permit tersebut wajib dipakai sepanjang pendakian. Untuk info lanjut anda bolehlah layari http://www.suterasanctuarylodges.com.my/ untuk tempahan dan info berkaitan pendakian Gunung Kinabalu ini.

(Permit Mendaki Gunung Kinabalu)

Pakej yang kami pilih termasuk penginapan di atas (Gunting Lagadan), lunch&dinner untuk 1st day, breakfast&lunch untuk 2nd day di Laban Rata. Alhamdulillah, semasa pendaftaran, kami  berkenalan dengan dua orang anak muda yang sama-sama ingin mendaki Gunung Kinabalu untuk kali pertama. Mereka adalah Ex-Student Politeknik Kota Kinabalu, yang seorang memang Sabahan tapi yang seorang lagi Sarawakian (Edmund). Kami decide untuk combine satu group dengan mereka sebab mahu jimat kos upah guide. So group kami menjadi 7 orang termasuk Guide.

Pada Jam 9.15pagi, kami menaiki bas yang disediakan ke Timpohon Gate iaitu di mana pendakian kami akan bermula. Untuk pengetahuan, ada dua starting point pendakian  untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

1)Timpohon 

2)Mesilau

Hanya perlu pilih laluan yang mana satu yang anda mahu. Mengikut info dari abang guide kami. Laluan Mesilau banyak pemandangan yang cantik tetapi mengambil masa yang lama untuk sampai kerana laluannya lagi jauh berbanding jika anda bermula dari Timpohon. 



(Timpohon Gate)


Setelah taklimat ringkas daripada abang guide, maka bermulanya pendakian kami. Pendakian untuk hari pertama ini akan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke tempat penginapan. Itu untuk yang normal, ada juga pendaki yang boleh sampai kurang dari 5 jam,bergantung kepada stamina individu.



Saya dan group bergerak santai sambil menikmati keindahan persekitaran sepanjang trail yang kami lalui. Terdapat 7 perhentian @pondok yang akan dilalui setiap pendaki. Hujan mulai turun semasa kami sudah melepasi pondok Mempening. Memang kick sejuknya,di sinilah saya nampak keperluan bawa baju hujan. Nasib baik en. suami standby juga bawa payung. Pada masa ini,kami berjumpa dengan para pendaki yang telah mendaki pada hari sebelumnya bergerak turun. Selepas itu,lalu di pondok Layang-Layang, tempat ini adalah pertemuan trail antara Timpohon dan Mesilau. Laluan selepas ini pula terasa semakin sukar.


Sampai di pondok Villosa, en suami pula tiba-tiba kejang otot. Mungkin sebab keadaan sekeliling terlalu sejuk dan laluan yang makin sukar ditambah lagi hujan semakin lebat..Saya pula,stamina masih ok,cuma sudah mula rasa kesejukan,perut terasa semakin kosong,lapar la tu.hehe:) setelah berehat sebentar, kami meneruskan perjalanan.






Ketika sampai di Waras Hut, hujan turun semakin lebat yang membuatkan kami terpaksa juga berhenti sekejap. Sebab walaupun kami pakai baju hujan,baju kami tetap juga basah. Ketika ini, saya kesejukan yang amat. Baju basah kasut pun basah dengan cuaca yang sejuk.huhu. Kami berhenti agak lama di sini hinggakan adik ipar saya sempat tertidur sementara menunggu hujan reda sedikit. Perut masa tu memang tersangatlah lapar. Hujan masih juga turun lebat walaupun hampir sejam kami menunggu. Kami teruskan juga perjalanan. Lagipun jarak antara Waras Hut dengan Laban Rata hanya 500 meter.


Syukur alhamdulilah lebih kurang jam 3 petang kami berjaya sampai di Laban Rata Resthouse.Memang happening la di sini.Macam-macam orang ada.Orang putih ada,orang hitam ada,around the world orang yang ada di sini. Kami apa lagi terus cari makan dan lega rasanya dapat minum minuman panas. Setelah selesai makan,kami terus menuju ke bilik kami yang terletak di Gunting Lagadan,ia terletak di atas sedikit dari Laban Rata.Saya satu bilik dengan en suami dan 2 adik ipar, satu bilik ada 2 katil double decker. Manakala 2 ahli group kami di bilik sebelah..


Semua pendaki dikehendaki untuk bermalam di pertengahan perjalanan untuk ke puncak,memang amat perlu untuk pendaki berehat dan recharge semula tenaga untuk hari kedua.


Tempat yang saya maksudkan iaitu di Laban Rata,Panar Laban ataupun Gunting Lagadan,lagi bagus kalau dapat penginapan di Laban Rata.sebab bilik di sana ada heater.so dapat berehat tanpa rasa kesejukan. Perjalanan untuk naik ke puncak akan disambung pada esok hari,lebih kurang jam 2 pagi. So dalam jam 7.00 malam,kami pun merehatkan diri untuk cabaran esok hari..




Bersambung..
Part II

Friday 10 October 2014

KENAPA RAMAI BERMINAT DENGAN VIVIX SHAKLEE

Dalam perjalanan ke Shaklee Branch Kota Kinabalu waktu hujan ni..terlintas mahu kongsi kenapa ramai customer yang berminat mahu membeli Vivix Shaklee ni...Jom kita baca....



Antara keistimewaan Vivix Shaklee adalah mampu mengawal dan membantu merawat penyakit - penyakit kritikal seperti dalam gambar di bawah : 


 Selain itu, Vivix Shaklee juga membantu untuk mengawal dan merawat :

✔️Diabetes
✔️Anti penuaan (Awet Muda)
✔️Asthma
✔️Masalah resdung
✔️Kolestrol tinggi
✔️Kanser
✔️Tibi
✔️Jangkitan paru-paru
✔️Berhenti merokok
✔️Kesihatan Jantung
✔️Kesihatan Sistem Imun
✔️Kesihatan Sendi
✔️Kesihatan otak
✔️Perlindungan Anti-oksidan
✔️Peningkatan tenaga pada tahap sellular
✔️Tekanan darah tinggi
✔️Alzheimer @ Nyanyuk

Setakat ini, yang saya dapat kongsikan petang ni..sampai rumah nanti saya akan tambah info yang selebihnya. Sekian.

Anda mahu mencuba Vivix Shaklee ini seperti pelanggan-pelanggan saya hari ini boleh hubungi saya sekarang dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 

# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.



✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.