Tuesday 7 October 2014

ESP SHAKLEE


Energizing Soy Protein adalah sumber protein rendah lemak dan rendah kolestrol serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Malah kacang soya yang digunakan oleh Syarikat Shaklee adalah kacang soya yang organismanya tidak diubah secara genetik iaitu bukan -GMO. ESP Shaklee juga lengkap dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia adalah makanan dan minuman yang lazat lagi berkhasiat sesuai untuk seisi keluarga. 

Setiap 850gm satu tin ESP Shaklee ini dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan terbukti secara klinikal dapat memberikan sumber tenaga segera dan boleh mengekalkan tenaga sehinga berjam-jam untuk kehidupan yang aktif. Manakala, satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Dan kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap kencing manis iaitu bertujuan untuk mengawal gula dalam darah. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



Perbezaan Non GMO dan GMO



Kandungan soya dalam ESP adalah Non-GMO
  • Non-GMO (Genetically Modified Organisme) dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses. Non -GMO juga adalah tidak diubah secara genetik yang bermaksud soya tersebut tumbuh secara semulajadi dan benihnya bukan digenetikkan secara saintifik semata-mata untuk matang ataupun masak.
  • GMO bermakna organisma diubahsuai secara genetik, iaitu merupakan organisma novel yang dicipta oleh saintis apabila  genetik tersebut diubahsuai .Ahli-ahli sains telah menyatakan kesihatan akan terjejas dan risiko alam sekitar dengan genetik diubah suai (GM) dalam makanan. Hasil daripada risiko-risiko ini, ramai orang di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Jepun, dan negara-negara lain yang menuntut makanan non-GMO (makanan yg tidak diubah suai genetik asalnya).
Kepentingan Protein dalam Diet Harian

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot. perubahan dan kerosakan pada kulit, rambut dan kuku, pertumbuhan yang terbantut, memberi masalah pada saluran penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ. Seterusnya, keperluan protein yang mencukupi didalam diet harian kita dikatakan kunci kesihatan yang optimum.

Kelebihan Utama ESP Shaklee

Awet Muda 

  • Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Baik untuk Hormon 
  • kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 

  • Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal 
  • Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pembekal tenaga segera 
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi 
  • Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
  • Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, ESP Shaklee membantu membentuk sel-sel badan yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama untuk diserap dengan efektif ke dalam badan, maka kesannya akan lambat dilihat. Oleh disebabkan itu, ESP Shaklee terdapat bersama pelbagai Set -Set Kesihatan yang di perlukan oleh pengguna Vitamin Shaklee.  Seperti Set Kesihatan Optimum,  Set Kecantikan Kulit, Set Kesuburan, Set Ibu Hamil, Set Penyusuan, Set Berpantang, Set Kencing Manis, Set Kurus, Set Rambut Gugur dan sebagainya. 




Anda mahu mencuba ESP Shaklee dengan pembelian Promosi September 2014 bulan ini boleh hubungi saya dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 





# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.

✍ FB:https://www.facebook.com/nieda.nuds
✐ Blog : 
www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.





Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

No comments:

Post a Comment

Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :