Tuesday 11 November 2014

7 LANGKAH CEGAH OSTEOPOROSIS

Mencegah lebih baik daripada merawat. Pencegahan Osteoporosis perlu di lakukan sejak dari awal. Ini kerana, penyakit ini boleh mengancam kesihatan diri di kemudian hari terutamanya bila usia lanjut. 

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.Manakala, tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya boleh menyebabkan tulang patah.


Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain. Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. 

Penyakit ini tidak boleh di pandang remeh kerana akan memberikan kesan buruk di kemudian hari. Jom kita ketahui langkah - langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit ini.


Berikut adalah langkah - langkah yang boleh di lakukan untuk mengelakkan Osteoporosis :

Langkah 1 (Kalsium)

Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mempertahankan kepadatan tulang. Dos harian yang disyorkan untuk usia produktif adalah 1000mg sehari. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah seperti produk tenusu, susu soya, ikan salmon, brokoli, tempe, tauhu, kekacang, ikan bilis dan lain-lain. Minum empat gelas susu setiap hari dapat membantu kepadatan tulang. Dan perlu diketahui bahawa pengambilan kalsium amat penting sebelum tercapainya tempoh kepadatan tulang maksima iaitu sekitar umur 30 tahun.

Langkah 2 (Sinar Matahari)

Sinar matahari di waktu pagi iaitu di antara jam 8 hingga 9 pagi adalah baik untuk tubuh mendapat Vitamin D.  Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium yang lebih berkesan.

Langkah 3 (Senaman Beban)

Bersenam sekurang-kurangnya 3kali seminggu menggunakan alat beban seperti dumbel dan menggunakan berat badan sendiri (aktiviti berjalan atau menaiki tangga) sebagai beban juga mampu menghindari dari Osteoporosis. 

Langkah 4 (Gaya Hidup Sihat)

Jauhi gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum alkohol kerana ia akan mempercepatkan kehilangan tulang dengan menganggu penyerapan kalsium. Dan kurangkan meminum minuman yang bersoda dan berkafein untuk jauhi risiko Osteoporosis.

Langkah 5 (Elak Ubat Tertentu)

Terdapat ubat yang boleh mengganggu proses penyerapan kalsium seperti ubat yang dalam golongan kortikosteroid. Antaranya steroid dan ubat anti kejang. Jika tiada alternatif lain, pastikan ubat - ubatan yang diambil sentiasa di bawah pemantauan doktor. Ubat asma dan jantung juga antara yang diketahui menganggu penyerapan kalsium.

Langkah 6 ( Supplemen )

Pengambilan pelbagai jenis makanan yang mengandungi Kalsium tidak menjanjikan kita mendapat khasiatnya 100%. Ini kerana cara makanan itu dimasak mungkin merosakkan kandungan kalsium di dalamnya. Sebagai  langkah alternatif adalah digalakkan untuk mengamalkan pengambilan suplemen kalsium. Seperti Ostematrix iaitu vitamin semulajadi dari Shaklee yang mengandungi campuran kandungan yang terbaik seperti Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zink, Boron dan Copper.

Testimoni pengguna ostematrix yang mengalami tulang patah :



Langkah 7 (Pemeriksaan Tulang)

Lakukanlah pemeriksaan tulang secara teratur sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali. Bertindak sebelum terlambat.

Semoga bermanfaat❤️❤️❤️


Anda mahu mencuba Ostematrix (Kalsium) Shaklee? Boleh hubungi saya sekarang dan saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 

# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.




✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com

✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.



No comments:

Post a Comment

Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :