Wednesday 8 October 2014

TIPS ELAKKAN & KURANGKAN MASALAH JERAGAT

Jeragat atau pigmentasi merupakan salah satu musuh wanita selepas kedutan. Tidak ada wanita yang inginkan kulit yang berjeragat atau mempunyai tompok-tompok hitam di kulit. Namun ianya berlaku tanpa disedari sekiranya kita kurang menitik beratkan kesihatan kulit. Antara sebab- sebab terjadinya masalah jeragat adalah seperti terdedahnya kulit kepada cahaya matahari yang panas terik, penggunaan pil hormon (contohnya : pil perancang), penggunaan kosmetik yang tidak sesuai, faktor hormon, faktor stres dan juga faktor keturunan.

Ada yang mengatakan jeragat tidak dapat dirawat sepenuhnya, tetapi hanya dapat mengurangkan sedikit kesan tompok hitam tersebut pada kulit wajah. Tetapi saya menyangkal pernyataan tersebut kerana terbukti kawan saya yang mempunyai jeragat sembuh sepenuhnya selepas menggunakan Vitamin Semulajadi yang saya cadangkan. Alangkah gerima hati si kawan bila tompok hitam tersebut hilang dan kulit muka nya menjadi berseri-seri (pinkish) gitu..hehe :)




Selain menitikberatkan pengambilan vitamin untuk mengurangkan masalah jeragat, pencegahan awal adalah sangat digalakkan. Antaranya :

1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF ataupun sunblock untuk mengelak terkena sinaran ultra ungu yang boleh merosakkan kulit. Pilih krim yang mempunyai kandungan SPF 15 hingga 30 yang sesuai dengan cuaca kita di Asia.

2. Bawa payung sekiranya perlu untuk melindungi kulit dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang daripada terkena pancaran matahari.

3. Amalkan gaya hidup sihat, minum sekurang-kurangnya 3liter air sehari, hindari stres melampau, jauhi rokok dan amalkan diet yang seimbang.

4. Gunakan produk kulit atau alat solek yang sesuai dan selamat.

5. Hati- hati ketika membeli sebarang ubat-ubatan ataupun suplemen di farmasi. Kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan lagi penghasilan pigmentasi pada kulit.

Orang cakap "Prevention is better than cure", jadi sebelum terlambat haruslah kita berhati - hati dari sekarang. Siapa yang tak sayang tubuh badan sendiri kan. Dan pengambilan Vitamin Semulajadi yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah jeragat ini adalah seperti di bawah :


  • Vitamin E Complex 


Ia adalah vitamin yang terkenal sebaga vitamin untuk awet muda.1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan, jeragat ataupun pigmentasi. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. selain itu, Vitamin E juga dapat membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.



  • Vitamin C (Sustained Release Vita Cplus)
Pengambilan Vitamin C setiap hari secara konsisten akan memberikan kulit yang lebih cerah, seterusnya melambatkan simptom penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi, jerawat dan jeragat.  Vitamin C adalah penting untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu untuk menghilangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Selain itu ia adalah anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan mampu menghapuskan radikal bebas ia menyebabkan sel-sel kulit mati.




  • Protein ( Energizing Soy Protein)
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Protein yang cukup di dalam badan dapat menjaga dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat. Malah, dengan pengambilan sumber protein yang mencukupi setiap hari dapat menghasilkan kulit yang lebih gebu, lembut, halus dan cantik. Ianya juga dapat membantu mengurangkan kesan tompok hitam(jeragat). Jika badan tidak mempunyai protein yang cukup, jeragat atau pigmentasi amat sukar untuk dihilangkan. Secara kesimpulannya, sumber protein yang baik adalah kunci untuk kulit yang sihat dan cantik.


Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu anda ketika ini. Selamat mencuba. Dengan ini, saya dengan senang hati mempelawa sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk ataupun Cara Makan Vitamin / Produk-produk Shaklee dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi saya di Facebook (Nieda Nuds) atau call/sms/whatsapp kami 016-8068065 untuk bercakap secara terus dengan saya. 







# Dan Saya adalah sebagai Pengedar Sah Shaklee yang aktif di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Lokkawi, Kinarut, Papar, Beaufort  dan seluruh Sabah serta seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee Kota Kinabalu Branch ataupun mahu mengetahui berkenaan vitamin -vitamin terbaik shaklee boleh berhubung dengan saya. Konsultasi dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.

✍ FB:https://www.facebook.com/nieda.nuds
✐ Blog : 
www.vitaminzahraa.blogspot.com
✉ Email : Nieda_0510@yahoo.com
✆ Call/sms/whatsapp : 016-8068065 / 016-8224030
➲ Cod area : Kota Kinabalu, Penampang, Petagas, Putatan, Kinarut, Lokkawi, Papar,Kimanis,Membakut,Bongawan, Beaufort.
➲ Walk in order : J&jay Collection, Lot G75, One Place Mall Putatan,kota kinabalu,sabah.







Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

1 comment:

  1. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete

Sila komen di sini untuk sebarang pertanyaan :